4 Foto Gedik Ayda Jebat Didakwa Perampas Suami Dan Kekasih Orang



Susahnya jadi Ayda Jebat. Baru je nak meniti zaman kegemilangan, dah banyak kontroversi yang timbul.

Terdahulu, ketika dia berlakon disamping Zul Ariffin dalam drama Rindu Awak 200%, dia dituduh sengaja nak merampas Zul dari kekasihnya, Gayatri.

4 Foto Gedik Ayda Jebat Didakwa Perampas Suami Dan Kekasih Orang


Terkini, tiba-tiba Ayda dikatakan menjadi punca keretakan hubungan cinta rakan artis. Dah kenapa?

Memetik laporan Harian Metro, Ayda menegaskan dia tidak menghalang jika ada rakan artis yang nak berkawan tetapi dia bukan perampas seperti yang diperkatakan.

"Saya peramah dan kepada mereka yang tidak kenal saya dengan rapat, mereka kata saya ‘over’ dan mengada-ngada.

Barangkali kerana sikap itu orang senang dengan saya. Kenapa saya nak halang jika mereka nak berkawan dengan saya? Namun, saya bukan perampas atau ingin menggoda suami atau kekasih orang."





Hmm, kalau ada rakan artis yang bimbang dengan Ayda Jebat, ni baca pesanan Ayda kat sini:

"Kepada wanita di luar sana termasuk rakan artis, jangan bimbang, saya bukan pengacau jauh sekali untuk mengganggu hubungan cinta mereka. Ada banyak lagi cita-cita saya belum tercapai."



Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "4 Foto Gedik Ayda Jebat Didakwa Perampas Suami Dan Kekasih Orang"

Post a Comment